Pengenalan PSS

 

1.1              PENDAHULUAN

 

Fail Kuasa merupakan satu set panduan kerja yang disediakan khusus untuk setiap ahli jawatankuasa pusat sumber sekolah (PSS). Ia menjadi sumber utama bagi memahami bidang tugas, prosedur-prosedur kerja, dan segala dokumen termasuk borang-borang, peraturan-peraturan, carta aliran kerja dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang tugas seseorang ahli jawatankuasa.Penyediaan Fail Kuasa ini akan lebih memudahkan setiap ahli jawatankuasa menjalankan tugas masing-masing. Seterusnya pengurusan dan pentadbiran PSS akan lebih terancang dan sistematik.

                                                        

1.2         TUJUAN

Fail Kuasa PSS disediakan dengan tujuan :-

 

1.1.1      Tidak menjejaskan pengurusan PSS apabila berlaku pertukaran Guru Penyelaras PSS.

1.1.2      Guru Baharu dapat terus menyambung kerja dan tugas dengan merujuk Fail Kuasa yang disediakan.

1.1.3      Mengelakkan berlakunya percanggahan idea dalam kalangan ahli jawatankuasa dan kakitangan PSS.

1.1.4      Dapat mewujudkan satu penyelarasan dan kesinambungan dalam pengurusan dan pentadbiran PSS.

  

1.3         ISI KANDUNGAN


Terdapat 15 bab dalam Fail Kuasa. Fail Kuasa lazimnya disimpan dalam bentuk ‘ring-file’ supaya sesuatu keputusan / pindaan itu dapat diganti tanpa menjejaskan keseluruhan isi asal sekiranya terdapat apa-apa perubahan / pindaan. Fail Kuasa yang lengkap mempunyai tarikh kuatkuasa sesuatu prosedur itu. Ini memudahkan kita mengenal pasti prosedur mana yang patut diutamakan ketika membuat penyemakan semula. Biasanya penyemakan semula Fail Kuasa dilakukan 5 tahun sekali atau mengikut keperluan.

 


No comments:

Post a Comment